Dakwah dengan Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan bak kata pepatah seperti laut dan pantai. Bahkan, dakwahlah yang menjana kekuatan kepada umat Islam. Sunnah inilah yang memberi kekuatan kepada Mus’ab bin Umair untuk ke Madinah mengajak jiwa-jiwa Yathrib tunduk kepada Allah yang satu. Maka dari situ terbinalah sebuah Negara kecil Madinah yang mampu menggerunkan empayar raksasa Rom ketika perang Tabuk. MasyaAllah, indahnya dakwah. Sunnah Rasulullah yang menjadi kekuatan kepada setiap jiwa Islam. Namun, apalah ertinya sebuah sunnah jika pembawakannya kurang tepat. Apalah ertinya dakwah itu sekiranya pembawakannya tidak syumul. Oleh itu, adalah perlu bagi setiap jiwa yang bergerak untuk menyedari akan dimanakah hala tuju dakwah yang sebenar.
Apalah ertinya sebuah aksi,
Jika niatnya tidak menjadikan Allah sebagai tujuan utama.
Tidak dinafikan ramai yang bergerak di dalam medan dakwah ini dengan pelbagai bakat dan keupayaan masing-masing. Ada yang sangat hebat dari segi pertuturan, ada pula yang sangat hebat dari segi penulisan. Sepertinya masing-masing mempunyai bahagian masing-masing yang sangat aplikasi untuk dimanfaatkan ke dalam dakwah ini. Maka, terhasillah figura-figura yang hebat di mata masyarakat. Namun, apalah ertinya menjadi figura yang hebat di mata masyarakat jika tiada nilai disisi Allah. Samalah sepertinya debu-debu yang berterbangan. Tiada hasil langsung untuk dijadikan bekalan di hari akhirat kelak. Dalam ertikata yang lain, kesilapan utama para daie dalam pembawakan dakwah adalah tidak bertujuankan kepada Allah Subhanahu Wataala. Sedangkan, niatlah yang menjadi bateri kepada robot-robot dakwah untuk terus meluncur laju di medan ini. Dengan niat yang ikhlah, lahirlah insan-insan seperti Syed Qutb dan Syeikh Ahmad Yasin yang tidak gentar untuk menerima ajal kerana cintanya kepada tidak lain hanyalah Allah.
Kesilapan yang kedua dalam penerimaan dakwah adalah dakwah yang dilandaskan hanyalah pada bahagian ideologi gerakan semata-mata, tetapi tidak diambil atau kurang ditekankan pada bahagian tarbiyah dzatiyah. Kaedah pembawakan dakwah sangat mantap. Secara amnya, seseorang perlu bergerak mengumpul orang-orang untuk bersatu dibawah satu payung. Namun, apalah ertinya sekiranya jiwa-jiwa ini berkumpul tetapi sekadar berkumpul. Tanpa satu arah tuju yang jelas. Tanpa kenal matlamat. Dan yang paling menyedihkan, apalah ertinya beria-ia mencari mad’u-mad’u jika gagal menyalurkan tarbiyah dzatiyah kepada mad’u. Dari sudut positifnya, mad’u akan lebih rasa bergerak dan bersemangat untuk mencambahkan dakwah mereka. Namun dari sudut positifnya, dakwah itu gagal membentuk hati yang tunduk dak patuh kepada Allah. Yang diwariskan dari satu “batch” ke “batch” yang lain hanyalah kaedah pembawakan dakwah itu semata-mata. Tetapi tidak dari segi tarbiyah dzatiyah. Kemungkinan negatif yang boleh berlaku adalah dari segi mutabaah amal yang akan jatuh merudum. Kesan akhirnya, berlakulah ketidakseimbangan dalam dakwah itu sendiri.
Kesilapan lain dalam pembawakan dakwah adalah da’ie2 bergerak hanya sekadar untuk mengumpul pengikut. Perbuatan ini tidak ubah seperti pembinaan kelab-kelab atau persatuan-persatuan lain yang tidak punya kekuatan. Ya, punya kekuatan jasmani dan fizikal. Tapi tidak dan jauh sekali kekuatan rohani yang mendekatkan diri kepada Allah. Dalam kata lain, badan yang bergerak atas nama dakwah itu tidak ubah seperti kelab-kelab sukan atau badan-badan beruniform yang lain. Sedangkan semua tahu, bahawa hala tuju dakwah dan badan yang bergerak atas nama dakwah itu adalah untuk mengajak jiwa-jiwa yang berikat bersamanya mencintai Allah. Dengan mengharapkan kesan akhirnya seperti mana tertubuhnya sebuah empayar Abbasiyah. Lahirnya jiwa-jiwa seperti Salahuddin Ayubi dan Sultan Sulaiman Al-Qutuz. Namun, jika badan-badan dakwah itu sendiri bergerak hanya di peringkat untuk mengumpul manusia namun tidak membentuk, cita-cita untuk melihat dunia ini disinari Islam hanya tinggal angan-angan.
Sesetengah individu menganggap dakwah itu sebagai hobi semata-mata. Dari satu aspek, perkara ini agak positif kerana jika dibandingkan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil seperti mengumpul setem atau bermain bola sambil mendedahkan aurat, ada baiknya dakwah. Namun, sunnah Rasulullah bukanlah sekadar hobi untuk mengisi masa lapang semata-mata. Ianya adalah satu jalan hidup bagi setiap yang bergelar Islam. Satu kesan negative yang perlu diambil kira sekiranya bergerak di atas landasan dakwah hanya sekadar hobi adalah keberlangsungan untuk tsabat dijalan dakwah. Menjadikan dakwah sebagai satu perkara sampingan hanyalah akan menyebabkan individu itu mudah tewas dan tidak kekal di jalan dakwah. Akhirnya, dakwah yang dibawa tidak kemana.
Banyak lagi salah faham lain yang tidak saya uraikan disini. Cukuplah perkara ini menjadi perhatian kita dan sama-sama kita perbetulkan dari masa ke semasa. Secara kesimpulannya, dakwah itu adalah satu kekuatan dan kekuatan itu datangnya dari hati-hati yang memuja Allah. Maka, agak perlu dakwah itu difahami dengan betul dan syumul, bukan dari satu aspek sahaja bagi memastikan keseimbangan dan keberlangsungan tarbiyah.
Allahu ghoyatuna,
Arrosulu qudwatuna,
AlQur’an dusturuna,
Aljihadu sabiluna,
Al-mautufisabilillah asma amanina.
p/s sila-silalah bagi pendapat antum ye... saya budak baru belajar....
10 comments:
Salamu'alaikum warahmatullah...
na'uzubillah min dzalik...
Sia-sialah benih yg ditanam seandainya yg tumbuh nanti hanyalah dedaun yg layu lagi berulat...
Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan berfikir apakah tujuannya kita menjadi daie.Sentiasa berbalik kpd matlamat kita tak lain hnylah utk mendptkan keredhaan Allah SWT...
Sbg manusia yg lemah dan alpa ini,marilah bersama2 sentiasa saling mengingati agar tiada yg terkapai sendirian atau leka dalam permainan dunia..
salaam,
artikel best. tapi ada silap dari segi ejaan & grammar. :) kena technical proofread lagi kot. haha.
tapi idea-idea yang mantap.
Anonymous 1: Waalaikum assalam... sila2 lah mengingati sesama sendiri... May all of us always with Allah's grace... :)
Anonymous 2: Waalaikum assalam... sorry, saya bukan cikgu bm... mungkin ada silap dari segi ejaan dan lain2... mohon tunjuk ajar dari anda... :)
salam... blh x terangkan ckit apa maksud "dakwah yang dilandaskan hanyalah pada bahagian ideologi gerakan semata-mata" yg di taip at perenggan ke3. kurang fhm dgn ayat tersebut.
Wslm...tidak dinafikan sesetengah individu mempunyai gerak kerja yang sangat mantap dan tersusun dari segi pengumpulan mad'u... namun, tarbiyah dzatiyah gagal ditekankan, kerana terlampau menekankan mad'u untuk bergerak mengembangkan dakwah mereka... mereka lebih berminat melihat lapisan2 dakwah yang berlapis2 daripada meneliti keberkesanan dakwah yang dijalankan... keberkesanan yang dimaksudkan adalah sejauh mana mad'u merasakan sistem yang diadaptasikan oleh murobbi kedalam jiwa mereka mendekatkan mereka kepada Allah... kata Allahu ghoyatuna kan, so, mestilah nak hampir kepada Allah... huhuhu... :P
Assalamualaikum wbt
penulisan dan peringatan yg mantap. moga jd pengajaran dan minta dijauhkan dr perkara itu semua.
Waalaikum assalam...
sila2 lah berkongsi pendapat ya... :)
penulisan y mmbuka minda.
thumbs up!
sgt terkesan dgn points2 y di explainkan.
mge Allah beri ptunjuk y x putus2 dlm jalan dakwah.insyaAllah..
insyaAllah... sama2 doakan...
Post a Comment