Hidup bagaikan pentas opera,
Tirai hidup dibuka,
Cerita pun bermula.
Tirai hidup dibuka,
Cerita pun bermula.
Kebenaran ada dimana sahaja~~~
Hmmm, benar. Bahkan kebenaran senantiasa ada. Di sekeliling manusia. Di atas, bawah depan mahupun belakang. Kebenaran sentiasa mengekori manusia. Tidak pernah sesekalipun jauh dari insan. Kebenaran jualah yang membisik hati manusia agar tidak alpa ke lembah kekufuran.
Di atas terbentangnya langit biru yang indah. Langit yang kelihatan nun jauh disana. Langit yang tidak tercapai dek tangan yang kerdil. Tergantung pula awan yang berat. Hmmm... aneh, bagaimana boleh tergantung tanpa tali. Dikala musim sejuk, kelihatan salji yang memutih-mutih bak kapas berguguran dari langit biru. Wa~ Sungguh indah. Sesuatu yang menarik dengan salji. Apabila diambil gambar dengan camera flash, ia kelihatan bercahaya. Sangat indah. Bahkan seperti kelip-kelip gergasi yang terapung-apung. Sejuk, sangat sejuk. Tetapi menceriakan hati anak muda yang bermain sambil dihiasi kelip gergasi ini.
Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan
Di bawah telapak kaki ini tersirat satu keajaiban yang sangat persona. Dulu saya seringkali mengutarakan soalan kepada cikgu sains,” Kalaulah konsep graviti sama dengan magnet, kenapa magnet hanya tarik besi sedangkan graviti tarik semua benda.” Sedang semua insan berjalan-jalan berkejaran di atas muka bumi, tidak adakah yang berfikir bagaimana terhasilnya konsep graviti? Berdasarkan teori Newton, graviti terhasil apabila wujud dua atau lebih jisim yang menghasilkan daya tarikan. Disebabkan bumi mempunyai jisim yang lebih besar daripada manusia maka wujud daya tarikan yang sama antara manusia dan bumi. Dan daya inilah yang membolehkan manusia berjalan menerokai alam di atas muka bumi ini. (Explaination lebih, check Enstein punya theory, malas nak citer) Wa~ sungguh indah. Ghaib, tetapi ia ada disitu.
Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan
Di depan dan di belakang kita terbentang alam yang indah. Pokok-pokok terpacak teguh, membentuk suatu pemandangan yang indah. Dengan daun yang menghijau memenuhi segenap pucuknya. Rumpun-rumput pula ibarat tikar yang membaluti tanah. Agar menjadi santapan sang biri-biri. Di sungai mengalir air dari muara ke laut. Bahkan terkandung seribu satu kehidupan di dalamnya. Seperti ikan, udang dan rumpai laut yang membentuk satu lagi kerajaan bawah laut. Adanya “rakyat-rakyat” seperti ikan-ikan kecil yang menjadi mangsa tirani paus dan jerung.
Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan
MasyaAllah. Sungguh, dunia ini dipenuhi oleh kebenaran dan tanda-tanda kewujudanNya. Tidak mampu disangkal lagi, indahnya bumi ini oleh pemandangan dan ciptaan Ilahi mesti ada sang Pencipta yang sangat hebat. SubhanAllah.
Namun ada lagi yang curang. Ada lagi yang berpaling muka. Ada lagi yang membutakan mata dikala terbentangnya gunung ganang yang besar menandakan hebatnya Allah. Ada lagi yang memekakkan telinga ketika seramnya dentuman salakan guruh melambangkan besarnya keagungan Ilahi. Ada jua yang tidak memahami dengan hati ketika Allah hadiahkan setiap insan jiwa dan perasaan terhadap segala sesuatu. Suka, duka, tawa dan tangis... Segala ibarat roda dalam kehidupan manusia. Ada suka beriring duka. Ada tawa bergulir tangis. Kehidupan hamba-hamba dalam meraih misi masing-masing.
Dan sungguh, akan Kami isikan neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat, mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih teruk lagi.
MasyaAllah, jauhi kami dari golongan ini.
4 comments:
salam.
best2..
bahasa kamu sungguh cantik!
sungguh, kebenaran ada di mana sahaja.
lihatlah dengan mata hati, langit dan bumi jadi saksi juga bukti.
for all that there's signs for ppl who think!
Alhamdulillah, teruskan usaha!
amik lah comment aku ni! haha
Ammy_ash;Anonymous: Wslm... syukran...
Ammy_ash;Jerung: syukran, macam aku x tau sape ko... hahaha...
Ammy_ash; pemburu syurga: iyela waqi... hahaha...
Post a Comment