Monday 28 December 2009

Mekar sekuntum ros



Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah post kedua saya di medan ini. InsyaAllah. Mungkin taklah seberapa sangat. Cumanya menceritakan tentang suatu tragedi yang berlaku kepada sekuntum bunga yang saya lihat. Dan sangat teringin untuk berkongsikan kisah ini bersama rakan-rakan sekalian.

Ketika di Birmingham, saya puas bermain salji. Salji yang memutih sangat menarik hati saya. Yalah, siapa tak tertarik akan keindahan ciptaan Allah yang memutih bak kapas dan menebal di atas jalan raya. Sungguh indah. Tidak tergambar indahnya ciptaan Ilahi itu. Seperti biasa, lama-lama main atas salji kaki saya pun kena frostbite. Beku. Terpaksala bergegas mencari di mana air panas dalam keadaan terencot-encot.

Ketika dalam perjalanan ke tandas di University of Birm, terlihat satu permandangan sayu di atas sebuah taman. Sebuah taman bunga yang jua dipenuhi salji. Terlihat semua tumbuhan-tumbuhan di sekeliling luruh akibat sejuknya salji. Namun, terasa sangat sayu apabila terlihat sekuntum bunga ros merah yang masih hidup gah ketika kesemua rakan-rakan sekelilingnya keluruhan. Hati ini terasa kagum. Kagum bukan pada bunga itu, tapi pada Sang Pencipta yang menciptakan alam dengan penuh seni dan harmoni.

Dalam saya berfikir. Pelik bukan. Macam mana boleh ada satu bunga ros yang boleh hidup lagi sedangkan rakan-rakannya yang lain sudah layu kesejukan dek salji yang menebal. Malah, pohon yang besar pun kelihatan tinggal batang tak berdaun. Namun ros ini tetap mekar. Subhanallah~

Disini aku bertafakur. Hebat sungguh ros ini, ketika kawan-kawannya sudah layu meninggalkannya, dia tetap mahu hidup. Terus dan terus hidup.
Dikaitkan dengan konteks kita dalam kehidupan dakwah kita, seperti biasa akan ada yang akan meninggalkan kita. Akan ada yang syaheed. Akan ada yang bekerja separuh jalan. Dan akan ada yang boleh jadi musuh kita. Nauzubillah. Namun, apa pun yang berlaku life must go on. Tak kisah la, sama ada mereka semua masih disisi ataupun sudah pergi. Yang penting kita di sini. InsyaAllah selagi hati gah dan tetap mekar bak ros merah, selagi itu Allah bersama kita. InsyaAllah, ikhwah-ihkwah senantiasa bersama temannya dalam mengharung hidup yang penuh cabaran.


.:Inilah bunga yang dikatakan:.


Lihatlah disekeliling bunga tersebut:




Sunday 27 December 2009

Siapa saya..?

Assalamualaikum w.b.t.

Salam ukhuwah fillah abadan abada...

Seperti yang tertera, saya adalah ammy_ash, tuan punya blog ini. Tidak banyak yang boleh saya ceritakan tentang diri saya, kerana inilah saya. Tidak punya apa-apa untuk diceritakan kepada sahabat sekalian. InsyaAllah disinilah saya akan menulis hasil2 tulisan saya, pendapat dan sedikit sebanyak ilmu saya untuk dikongsikan bersama sahabat sekalian. Saya yakin ramai di kalangan pembaca-pembaca sekalian jauh lebih hebat dari saya dari segi ilmu mahupun dari segi gerak kerja. Maka bimbinglah diri ini yang lemah agar jadi hebat macam kalian juga. InsyaAllah moga blog ini mampu membantu dakwah saya dan juga anda.
Sekian, semoga Allah sentiasa bersama kita...
Wallahu alam