Thursday, 7 January 2010

Baitul Muslim kalangan daie

Bait el muslim di kalangan para daie


Assalamualaikum w.b.t.


Seperti yang anda sedia maklum saya mendapat banyak permintaan untuk membuat satu artikel tentang baitul muslim. Terutamanya dari kalangan sahabat-sahabat di Malaysia (nak sebut uni mana ke, xyah kan??? Huhuhu~). Jadi, tidak manis rasanya jika idea yang ada tidak dicurahkan serba sedikit di blog saya agar dapat dikritikkan oleh sahabat dan rakan sekalian.


Untuk set up mood setiap orang, saya mulakan dengan ayat Qur’an ini.


“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


Untuk entry kali ini, cukuplah saya menerangkan kenapa perlunya kita berkahwin.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Seperti yang kalian semua ketahui perkahwinan bagi para daie bukanlah seperti perkahwinan pasangan-pasangan biasa. Mungkin saban hari kita mendengar sahabat-sahabat kita, rakan-rakan kita mahupun sesiapa sahaja di luar sana melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan yang dijalankan atas dasar suka sama suka, seperti romeo dan Juliet, laila dan majnun. Saya tidak berani komen lebih tentang perkara ini, biarlah Allah mengadili segala-galanya. Tetapi tidak bagi para daie. Perkahwinan bagi mereka adalah perkahwinan atas dasar cinta pada Tuhan yang satu dan bermisikan membentuk satu generasi rabbani. Generasi ini saya gelarkan generasi Salahuddin. Tentang generasi ini akan saya jelaskan dengan lebih lanjut dalam topik seterusnya(tapi bukan pada entry ini). Sekarang ini saya akan menjawab persoalan mengapa perlunya para daie berkahwin.


Tidak ada yang lebih tinggi nilai sesuatu perkara itu melainkan ianya disertakan dengan niat kerana Allah Taala. Adalah penting untuk para daie meletakkan “mind set” berkahwin kerana Allah Taala. Dengan niat yang suci maka akan terwujudlah satu suasana islami dalam rumah tangga antara ikhwah dan akhawat. Malah, niat ini jugalah yang akan mengekalkan ikhwah akhawat teguh di jalan Allah. Terus berjuang bersama-sama sebagai pahlawan dan srikandi. Sepertimana Rasulullah dan Khatijah.


Sungguhpun berjiwa besi yang bisa dihujani berjuta peluru namun para daie tidak terkecuali dengan tanggungjawab fardhi. Seperti yang diketahui, berkahwin adalah sunnah Rasulullah yang menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam yang mampu. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku". Maka di sini, tidak ada alasan untuk para daie berkata tidak dengan sunnah Rasulullah.


Isteriku adalah dakwahku,


Pernyataan diatas merujuk kepada keperluan bagi para daie menjadikan perkahwinan sebagai satu dakwah. Ramai di kalangan para daie yang salah faham tentang beban perkahwinan. Ada yang menganggap berkahwin sebagai beban kerana boleh menghilangkan focus mereka dari kerja dakwah. Ada juga yang menganggap perkahwinan sebagai perkara kedua terpenting selepas dakwah. Perkara-perkara seperti inilah yang boleh menyebabkan pincangnya rumah tangga mereka. Tidak hairanlah kalau ada yang bercerai semata-mata kerana ubat gigi. Bahkan ada yang berpegang kepada prinsip ,”kau adalah isteri keduaku, kerana dakwah adalah isteri pertamaku”. Bagi saya (setelah diajar oleh seorang abang yang disayangi),” better be ,”kau adalah isteriku, dan kau jua dakwah ku....” Pernyataan ini lebih bermakna~


Di dalam melangkah ke arah maratib amal yang ketiga, iaitu masyarakat muslim, agak menjadi satu keperluan untuk para daie berumah tangga agar dapat masuk kepada masyarakat sekeliling. Dari segi pergaulan, agak senang untuk daie mengawal kedua-dua ikhwah akhawat dalam satu program umum berbentuk kemasyarakatan apabila sudah menikah berbanding belum menikah. Dari segi menjaga tarbiyah di satu kawasan pula, adalah lebih manis jika dijaga oleh suami isteri. Ini kerana, dari segi perlaksanaan usrah ikhwah akhawat dan perlaksanaan daurah lebih senang dijalankan. Pertukaran dan perkongsian maklumat ikhwah akhawat lebih senang diuruskan, hanya di sebelah katil sahaja.


“Misi menyelamat dunia

Berkahwin juga merupakan satu tugas bagi para daie. Tugas menyelamatkan pihak baju kurung! Mungkin timbul satu persoalan, kenapa gunakan perkataan menyelamat daripada menikahi. Ya, menyelamat! Menyelamat mereka daripada dinikahi oleh baju melayu yang tidak memahami dakwah dan kepentingan dakwah dalam hidup. Menyelamat mereka agar dakwah mereka dapat terus maju kedepan. Terus meluncur ke akhir hayat. Dan ingat wahai daie sekalian. Berkahwin dengan mereka, bukan sahaja kamu menyelamatkan mereka, tetapi mereka juga telah menyelamatkan kamu.


Gunung tinggi kau daki,

Lautan dalam kau selami,

Kawah berapi kau redahi,

Namun kau tetap punya ciri manusiawi.


Daie juga insan biasa. Tidak terlepas dengan tipu daya hawa nafsu manusiawi. Tidak sekali-kali maksum dari dosa dan perbuatan. Tidak hairanlah Allah berpesan kepada kaum mukmin untuk memelihara pandangan serta kemaluan. Kerana sang Pencipta alam ini tahu akan titik kelemahan makhluk ciptaanNya ini. Dia tahu akan setiap isi tersurat dan tersirat di hati dan sanubari manusia. Maka agak perlu bagi para daie memelihara dirinya agar tidak terjebak ke lubang maksiat.


Setakat ini sahaja yang dapat saya senaraikan buat kali ini. Mungkin banyak lagi sebab bagi perlunya para daie berumah tangga. Namun sebab-sebab yang saya senaraikan ini saya fikir merupakan sebab yang terutama bagi mereka mendirikan rumah tangga. J


Selamat berumahtangga.. :)


19 comments:

zahidzuhri said...

pergh! entry yang menarik! macam ada experience jerr... ;)

Ammy_ash said...

pengalaman mungkin belom lagi.. tp pembacaan mungkin melebihi orang yang berpengalaman... insyaAllah... dan tengah dalam proses mengalaminya... kih3...

Anonymous said...

Bismillah..
Orang kata kalau nak bercakap biar punya ilmu di dada supaya yang akan dilontarkan takkan tersungging ke mana-mana. Terasa macam berkira-kira jugak mau komen pasal entri ini sebab sedar tak sebanyak itu yang difahami. Banyak buku yang tak khatam lagi.

Cumanya tertarik dengan kata-kata, 'kau adalah isteriku, kau jua dakwahku'. Sungguh pernyataan itu lagi bermakna. Pernah terbaca satu artikel berkenaan frasa kalian semua akan dimadukan, bakal isteri kedua dan sebagainya. Ralit membacanya. Sedikit cuak di situ. Bukan mudah bila dimadukan(ini dari konteks lain, madu biasa2). Tapi lagi tidak mudah dalam konteks dakwah. Nampak sangat simple tapi tak semudah yang disangka. Kehadiran di sisi untuk bersama mengganding bahu memperjuangkan yang haq bukan menjadi batu penghalang perjuangan. Benar sangat. Bukan mudah. Banyak pengorbanan yang diperlukan. Xnaklah jadi fitnah yang melekakan perjuangan untuk Rabb yang satu.Tapi niat nikah kerana Allah mungkin dah disebutkan. insyaAllah andai betul niatnya akan dipermudahkan segala hal. Allah tidak pernah membebankan.

Di sisi mujahid ada mujahidah yang akan mendukung setiap titis perjuangan.
Dibalik kesuksesan seorang ikhwan pasti ada akhwat yang luar biasa dibelakangnya. Dan sekuat-kuatnya seorang akhwat, tetap akan memerlukan sokongan seorang ikhwan. Maka ikhwan-akhwat tidak akan bisa berdiri sendiri-sendiri.

Makanya, toleransi antara keduanya sangat penting. Kadang-kadang pahit menerpa. Tapi kenalah pandai cover. Komunikasi juga sangat penting. Jangan jadi yang tak punya perasaan. Fokus kepada dakwah tapi keluarga entah ke mana n vice versa. Nak cakap senang tapi nak lakukan kita boleh lihat berapa sangat yang bersungguh-sungguh dengan kata2. moga kamu betul-betul faham apa yang kamu tuliskan.

Semua orang nak bina baitul muslim. Nak ada zuriat yang baik-baik. Nak bentuk generasi rabbani, generasi salahuddin.untuk itu persiapan diri sendiri sangat penting. Asas-asas diri merangkumi segala aspek kena cover siap2. yang basic kena telan dan hadam. Kena bentuk individu muslim yang betul2 faham dulu. Persiapkan peribadi. Banyak yang bakal menanti, menunggu untuk diolah sehabis baik.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Ini adalah bagi menjamin antaranya keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), dan pengurusan yang baik. Dalam persoalan lelaki sebagai pemimpin, lelaki dilebihkan dalam beberapa hal, antaranya adalah keupayaan fizikal yang melebihi wanita, dan kebolehan untuk bergerak dalam melaksanakan kerja/tugasan di luar.
Besides, lelaki/suami juga perlulah berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik. Ini adalah bagi menjamin kesejahteraan dalam berumahtangga, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.
Sama juga dengan wanita. Ramai yang bekerjaya, berprofesional tinggi. Banyak juga yang akan menanti untuk diuruskan.doakan wanita2 ini punya kekuatan yang luar biasa.Taknak eloborate panjang2.sebab komen ini pun sudah sangat panjang.
Apa yang penting persiapan diri lah ke arah itu. Luar dalam. Dari segi moral n spiritual,fizikal,konsepsional, material n sosial.

Wallahualam.

p/s:maaf, komen terlalu panjang..

Ammy_ash said...

pergh... panjang komen... bleh buat entry baru...
insyaAllah... dan sangat benar pernyataan ,Di sisi mujahid ada mujahidah yang akan mendukung setiap titis perjuangan. Dibalik kesuksesan seorang ikhwan pasti ada akhwat yang luar biasa dibelakangnya. Dan sekuat-kuatnya seorang akhwat, tetap akan memerlukan sokongan seorang ikhwan. Maka ikhwan-akhwat tidak akan bisa berdiri sendiri-sendiri." maka perlunya kedua pihak "complement each other... insyaAllah nantikan... "Persediaan yang perlu ada sebelum berBM" BTW, thanx a lot~ :)

khairi said...

Alhamdulillah...benar ianya adalah satu kebenaran...=>

Ammy_ash said...

kebenaran yang pasti~~~

dila_zarifah said...

salam ziarah~
teringat masa pergi kenduri kawen kazen masa holiday kat m'sia..
n one part of kuliah nikah(ada ka such term??)
".....pernikahan yang dibina atas dasar iman dan taqwa....."
rupanya ada disebut b4 pasangan diijab kabulkan w/pun kebanyakan org berkahwin atas dasar cinta n suka sama suka..
(a bit jakun la coz jarang2 pg majlis akad nikah org..)

Ammy_ash said...

Wslm... so... apa tunggu lagi~~~ hoho~~~

dila_zarifah said...

aaa???
*jatuh rahang*
not the time yet..
1st thing 1st la..
mau kna kejar ng pakcik JPA if xlps sbb kawen..dush~
i guess it's too early for me..
mybe for u, dah smpai seru..=p
(i'm a bit lepeh here..)

Ammy_ash said...

doh eh... gua lambat lg la... hoho~ ni tauk urang balit kuching riya mbak pulang sorang.. sapa tauk.. hahaha...

dila_zarifah said...

if it was really happening, xkan nangga aku berkomen kat ctok..
mesti knk dgr nasihat ala2 khutbah jumaat dr bapak ku coz anaknya dah sebok nk kawen..
ntah2 every single minute nya akan call india tok to make sure aku paham pasal kawen..
duhh~
not ready yet for those things..
it's really loonnnnggg one i tell u..

Ammy_ash said...

jangan madah camya labu...
esok lusak ditangan Allah... sapa tauk... rezeki kau atang... ada mek urang makan nasik minyak, terpaksa ku numpang mah cik ku sia semalam k ngagak mejelis kau ya tek...
hoho~

cactus biru said...

haha..zarifah adilah..
kata2 satu doa~~
^_^

dila_zarifah said...

ammy:
ya mun aku nang mbak org balit umah k kenal ng parents..
mun dah jodoh xpat la nk madah apa..
hahaha~
tp mun dpt,blom gk kot..
coz too much things left behind..
n i want to be a better me 1st..
alaa~camping jak dpn umah aku..huhu~

cactus:
which one is doa???
i think i talk too much here..
=)

p/s:u guys r talking to small kid here..ney pakey nyuruh aku kawen dolok..

Ammy_ash said...

goodluck ler adik zarifah adilah... hoho~... may Allah be with u.. :)

fieqa said...

thumbs up for this post!
thanks for sharing it..
enlightened my soul..

"dalam jalan dakwah aku bernikah"

mge kata-kata menjadi amal.insyaAllah..

Ammy_ash said...

insyaAllah... moga semua orang buat dan dapat yang terbaik dalam hidup... :)

muzhafar said...

salam,,,
menarik post ni!
betul ni, yang paling penting,
kita kene check balik niat dan iman kita dahulu sebelum berkahwin supaya perkahwinan tidak menjadi sia-sia,,

buatlah entry persediaan utk ke BM,,,, =p

Ammy_ash said...

wslm.. insyaAllah ler encek muzhafar... nnt kalau sudah berkahwin silalah inform ana yer... misz u guys over there...

Post a Comment