Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Ingin sekali berkongsi dengan para pembaca sekalian. Tentang perspektif aku sebagai hamba. Hamba Allah yang memikul tanggungjawab sebagai khalifah dan hambaNya pada setiap detik aku bernafas dibumiNya.
Siulan kedamaian
Nanti kepulangan
Saat di tunggu hampir lumpuh
Tenang ku rindukan
Bayangan semalam
Seketika hidup di bumi Allah macam-macam pernah aku saksikan. Kerenah manusia yang pelbagai ragam. Perangai manusia yang berbagai warna. Ada yang hitam, ada yang putih, ada pula yang bewarna-warni. Masing-masing cuba memuaskan hati dengan mainan-mainan dunia yang tidak membawa pulangan di kemudian hari.
Sedetik kita bertemu
Dalam impianku
Tak pernah luput gambaranmu
Bina cinta satu
Ke mari sayangku
Kulihat masing-masing mengejar cinta. Ada insan melabelkan cinta manusiawi itu sebagai yang terulung dalam kehidupannya. Ada pula bertulang belakangkan materialistic. Tapi aku kagum. Di suatu sudut kelihatan sekelompok manusia yang masih lagi mengagungkan Kekasih sebenar. Mereka hidup di bawah naungan Al-Qur-an. Usaha mereka hanya mencari redha sang Pencipta. Air mata tangis hanya untuk Dia. Dia yang Maha Esa. Namun aku kesal, bilangan mereka terlalu sedikit untuk menghadapi bilangan manusiawi yang sudah tenggelam di bawah jajahan syaitan.
Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi
Namun mereka utuh dalam perjuangan. Aku terharu kerana sudah bertahun lama mereka dibelasah oleh boneka-boneka iblis yang menganggap dunia raja dihati. Mereka merintih kepada ilahi. Iman dihati menjadi bekalan di hari muka. Tidak pernah sekali kesal akan jalan yang dipilih. Kerana tahu, bahawa kesengsaraan pada hari ini adalah kebahagiaan di masa hadapan. Lalu aku menangis, kerana aku tidak sehebat mereka. Aku telah menghabiskan separuh dari hidupku dengan sia-sia. Hampir hari-hariku dibuai dengan hiburan yang melalaikan. Tidak kurang pula dengan saat-saat dimana aku lupa aku punya Allah S.W.T.
Oo Allah, please guide me to the right path,
Tiba-tiba datang seorang abang kepadaku..
Katanya,
Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya
Jazakallahu khairon katheeran ya akhie~
No comments:
Post a Comment