Saturday, 10 April 2010

Ibu dan anak

Tersebutlah kisah sebuah keluarga yang tinggal di sebuah Bandar, ayahnya, ibunya dan seorang anaknya. Si anak yang bernama Umar, sungguh pintar dan licah. Pada suatu hari ketika ibunya sedang memasak telur, Umar bertanya,”mak, apa beza putih telur dan kuning telur?”. Si ibu pun terkesima dengan soalan anaknya yang baru berusia 5 tahun itu. Rupa-rupanya, ibu nya pernah dapat ISK masa kat skolah dulu. Huhuhu, maklumlah akhawat. So, si ibunya pun apa lagi, terus otaknya bergulir-gulir untuk melasso anak lelakinya itu.

“ha.. tu la... Umar tak skolah lagi, so tak belajar la. Ni, kuning telur nie umpama matlamat. Sedangkan, putih telur ni hanyalah alat untuk mencapai matlamat. Yang jadi anak ayam nya, kuning telur, bukan putih telur... “, kata si ibu. Umar menjawab,”Owh, patutla kuning telur lagi sedap dari putih telur, kan ibu?”. “ha.. tau takpe... begitu juga dalam kehidupan harian kita, kadang kadang kita lalai untuk membezakan antara alat dan matlamat. Contohnya, kita belajar kerana apa? Kita bekerja kerana apa? Kita kumpul harta kerana apa? Selalunya, alat dan matlamat menjadi songsang. Belajar dijadikan matlamat, sedangkan itu bukanlah matlamat utama”, ujar si ibu.

Si Umar kelihatan terkesima sebentar,”habis tu, apa matlamat yang sebenar?” “Haa, matlamat yang sebenar adalah mengejar redha Allah. Dalam mengejar redha Ilahi, macam-macam yang kita kena buat. Ada dua peranan utama manusia, iaitu sebagai hamba dan sebagai khalifah. Sebagai hamba, kita kenala taat dan patuh kepada setiap perintah Allah dan tinggalkan laranganNya. Sebagai khalifah pula, kita kena lah melaksanakan tanggungjawab dakwah kita kepada orang lain. Dengan menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat. Umar faham?” kata ibu sambil tersenyum. “Faham, maknanya kalau umar bermain dengan kawan umar di taman petang ini, niatnya kerana Allah la bu. Dan, umar kena fikir macam mana nak dakwah kawan-kawan Umar di taman.” Ujar Umar. “Aaaa, macam tu la... sayang anak ibu” “Oh ya, ayah pegi mana ya bu?” tiba-tiba umar teringat akan ayahnya. Balas ibu,”ha.. ayah kamu pergi daurah. Maklumlah, hujung minggu. See, macam ayah kamu, bekerja, kumpul duit untuk digunakan di jalan Allah. Macam tu la...” “owh, begituuuuu...!!!” Selang beberapa minit, barulah ayahnya sampai di rumah. Petang itu, dia membawa Umar bermain di taman. Maka, bermula lah kerja dakwah si anak kecil yang berumur 5 tahun itu... (-_-)v

Wednesday, 7 April 2010

Resipi kejayaan gerakan dakwah

Tidak dinafikan bahawasanya pada hari ini gerakan-gerakan dakwah tumbuh di bumi Allah bagai cendawan lepas hujan. Rata-rata gerakan-gerakan dakwah di dunia ini datang dengan pelbagai manhaj dan kaedah yang berbeza-beza menurut pandangan dan ijtihad masing-masing. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan adanya hidayah pertolongan dari Yang Maha Esa maka wujudlah kumpulan-kumpulan ini. Kumpulan-kumpulan yang berdiri di atas paksi Ilahi yang berbenakan La Ilaha Illallah. Agar suatu hari nanti nasib setiap jiwa muslim di seluruh sudut Bumi ini terbela.

Memacu sesebuah gerakan dakwah agar sentiasa mantap dan tidap berlaku kemunduran dari segi kualiti memerlukan pengamalan kepada beberapa prinsip. Penekanan terhadap prinsip-prinsip ini adalah perlu dalam memastikan generasi pelapis akan terus berkualiti dan tidak bergantung kepada generasi senior sahaja.

Yang pertama adalah gerak kerja yang tersusun. Di dalam melaksanakan amal kerja dakwah adalah perlu bagi suatu organisasi bagi membina suatu gerak kerja yang tersusun dan terancang. Gerak kerja yang terancang dan tersusun menjamin aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh kumpulan dakwah tersebut berjalan lancar dan mampu meningkatkan keberkesanan dakwah itu sendiri.

Contoh yang paling baik adalah dengan melihat sendiri bagaimana tersusunnya dakwah Rasulullah. Dakwah Rasulullah terbahagi kepada dua pecahan utama iaitu dakwah di Mekah dan dakwah di Madinah. Pertama sekali dakwah di Mekah. Di Mekah, dakwah Rasulullah berpecah kepada dua bahagian lagi. Bahagian pertama adalah dakwah secara sir dan bahagian kedua adalah dakwah secara terang-terangan. Selama tiga tahun dakwah Rasulullah adalah secara sir. Signifikannya dakwah secara sir ini adalah bagi membina satu golongan pekat yang akan mendukung perjuangan Rasulullah apabila berhadapan dengan masyarakat. Ketika ini, penekanan adalah dari aspek tauhid sahaja. Dengan asas tauhid yang kukuh, maka tidak ada tolak ansur untuk mana-mana individu meninggalkan jahiliyah serta menyerahkan jiwa dan nyawa di jalan Allah. Setelah menggunakan masa selama tiga tahun membina tulang belakang dakwah Rasulullah, maka mulalah Rasulullah berhadapan dengan masyarakat. Ketika ini Rasulullah sudah punya jundi seperti Abu Bakar Assidiq, Umar Al-Khattab, Bilal Bin Rabbah dan ramai lagi. Mereka ini adalah jundi-jundi pekat yang sanggup bergadai nyawa untuk Islam. Kemudian, dakwah Rasulullah diteruskan dengan jemputan ke Madinah. Di Madidah, Rasulullah sudah punya asas yang kukuh. Maka, mulalah Islam itu diterapkan ke dalam jiwa masyarakat dengan fiqh ataupun hokum. Contohnya, larangan meminum arak, tayamum zina dan sebagainya. Maka, dengan kaedah ini dilihat Rasulullah Berjaya membina kekuatan sebuah Negara Madinah. Buktinya, negara ini bukan sahaja menang dalam perang Badr, tetapi berjaya menggegar dan menakutkan kuasa besar Rom dalam Perang Tabuk. Ini adalah hasil dari dakwah Rasulullah yang tersusun selama 23 tahun.

Firman Allah di dalam Surah As-Saff 61:4

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya pada barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang kukuh.

Yang kedua adalah Jihad Fi Sabeelillah. Jihad dan semangat juang yang tinggi dan berterusan amat penting bagi memastikan perjuangan itu berkekalan dan tidak putus di tengah jalan. Semangat jihad terutamanya yang datang dari kalangan pemuda akan menggerakkan sesebuah organisasi untuk terus menyebarkan dan menegakkan Islam melalui manhaj-manhaj yang tersendiri.Di dalam surah Al-Baqarah ayat 193 Allah menyuruh manusia untuk melaksanakan jihad berterusan melalui firmannya yang berbunyi;

Dan perangilah meraka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata-mata. Jika mereka berhenti, maka tidak adal lagi permusuhan kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

Contoh yang paling sesuai untuk ini adalah ketika perang yarmuk. Ketika perang yarmuk tentera Islam dipimpin oleh Khalid al-Walid. Ketika perang yarmuk tentera muslim yang terlibat adalah seramai 46 ooo berhadapan dengan tentera Romawi seramai 240000. Seperti yang diketahui, Rom mempunya pasukan tentera yang sangat hebat sama ada dari segi kekuatan fizikal mahupun kelengkapan senjata. Berbeza dengan Rom, tentera muslim datang dalam keadaan yang kurang terlatih untuk berperang dan kurang kelengkapan senjata. Namun, bekalan yang paling penting adalah niat kerana Allah Taala. Behadapan dengan suatu kuasa tentera yang gigantic tidak melemahkan semangat jihad Khalid. Namun, apa yang dilakukan adalah dengan membahagikan tentera-tentera muslim kepada 40 bahagian berasingan sehingga menampakkan mereka seolah-olah lebih ramai dari tentera musuh. Sungguh, perang itu berlangsung. Dan akhirnya, berkat semangat jihad fi sabeelillah tentera Islam dan Khalid sendiri maka kemenangan berpihak kepada umat Islam. Siapa sangka siapa duga, orang arab yang suatu ketika dahulu hanya dikenali sebagai bangsa yang memburu biawak dengan selipar punya semangat juang yang tinggi sehingga mampu mengalahkan gergasi-gergasi dari Rom. Malah, ketika Abu Ubaidah membunuh Gregory, ketua tentera Rom, beliau terpaku sejenak melihat kegergasian tubuh ketua tentera Rom itu. Maka, dari situ pengajaran yang dapat diambil adalah bertapa pentingnya semangat jihad yang tidak pernah akan putus dan tidak akan menyerah kalah kepada sebarang ancaman dalam menggerakkan organisasi atau badan dakwah. Percayalah wahai teman, tidak mustahil kalian juga punya peluang untuk menumbangkan Amerika!!!

Yang ketiga adalah kebergantungan kepada Allah. Ramai yang tidak setuju akan kedudukan unsur ini pada tempat yang ketiga. Saya meletakkan unsur ini pada tempat yang ketiga kerana biasanya unsur pertama dan kedua sudah terdapat dan diamalkan dalam mana-mana badan dakwah. Namun, hilang kebergantungan kepada Allah. Doa dan tawakal seringkali dilupakan. Padahal setiap yang berjuang itu tahu bahawa kejayaan itu milik Allah dan Allah lah yang mendatangkan kejayaan kepada para pejuang. Apalah gunanya lidah melaungkan kalimah La Ilaha Illallah namun tidak dihayati kalimah itu sedalamnya. Doa itu penting. Untuk doa seseorang diterima, perlulah dihindari perbuatan yang menjerumus kepada dosa dan kemungkaran. Mana mungkin doa diterima jika ada sisa-sisa dosa pada hati. Maka perlu dijaga hati dari maksiat dan dosa.

Firman Allah dalam surah Al-Anfal 8:46

Dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang sabar.

Suruhan untuk mentaati Allah dan Rasul itu amat penting terutamanya kepada para pejuang yang berada di jalanNya. Qudwah hasanah harus sentiasa dipamerkan agar keberlangsungan dakwah berjalan secara harmoni dan hubungan dengan Sang Pencipta terjaga.

Untuk unsur ini, contoh yang terbaik bagi saya adalah Sultan Salahuddin Ayubi. Ramai yang mengetahui akan kehebatan panglima ini dalam mendapatkan kembali Baitul Maqdis kepada umat Islam. Namun, perlu diketahui apakah rahsia kekuatan beliau. Diriwayatkan oleh Bahaudin pembantu beliau, beliau hanya meninggalkan solat sunat dua kali dalam hidupnya, satu ketika beliau sakit tenat di pertengahan umurnya, suatu lagi ketika beliau nazak dan hamper menemui ajal. Malah, pernah suatu ketika sedang perang berlangsung, Salahuddin sedang sakit tenat akibat demam panas. Namun, beliau masih memaksa dirinya untuk memastikan setiap jiwa tenteranya bangun melaksanakan ibadah qiyamullail. Disini dilihat bertapa beliau menekankan tenteranya menjaga hubungan dengan Allah. Contoh lain yang boleh kita jadikan pengajaran adalah Sultan Muhammad Al-Fateh sang penakluk konstantinople. Kejatuhan Konstantinple kepada Sultan Muhammad Al-Fateh menyebabkan satu dunia terkesima kerana tidak dinafikan bahawa Bandar itu mempunyai system pertahanan yang sangat unggul. Namun, apakah rahsianya raja ini menakluk Bandar ini ketika berusia 24 tahun? Ibadah qyamullail yang dilakukan!!! Ketahuilah, beliau adalah seorang sultan yang tidak pernah meninggalkan ibabah qiyamullail setelah mencapai usia balighnya. Dan lihatlah kejayaan yang dikecapinya. Persoalannya, bagaimanakan pula dengan kita?

Kesimpulannya, para gerakan dunia dakwah perlu mempertimbangkan ketiga-tiga aspek ini dalam melaksanakan dakwah itu sendiri. Malah, penekanan terhadap ketiga-tiga aspek ini adalah perlu bagi memastikan kualiti-kualiti ahli sentiasa pekat dan tidak cair.

Diubahsuai dari ucapan seorang pemimpin hebat~

Tuesday, 6 April 2010

Aku~~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ingin sekali berkongsi dengan para pembaca sekalian. Tentang perspektif aku sebagai hamba. Hamba Allah yang memikul tanggungjawab sebagai khalifah dan hambaNya pada setiap detik aku bernafas dibumiNya.

Siulan kedamaian
Nanti kepulangan
Saat di tunggu hampir lumpuh
Tenang ku rindukan
Bayangan semalam

Seketika hidup di bumi Allah macam-macam pernah aku saksikan. Kerenah manusia yang pelbagai ragam. Perangai manusia yang berbagai warna. Ada yang hitam, ada yang putih, ada pula yang bewarna-warni. Masing-masing cuba memuaskan hati dengan mainan-mainan dunia yang tidak membawa pulangan di kemudian hari.

Sedetik kita bertemu
Dalam impianku
Tak pernah luput gambaranmu
Bina cinta satu
Ke mari sayangku

Kulihat masing-masing mengejar cinta. Ada insan melabelkan cinta manusiawi itu sebagai yang terulung dalam kehidupannya. Ada pula bertulang belakangkan materialistic. Tapi aku kagum. Di suatu sudut kelihatan sekelompok manusia yang masih lagi mengagungkan Kekasih sebenar. Mereka hidup di bawah naungan Al-Qur-an. Usaha mereka hanya mencari redha sang Pencipta. Air mata tangis hanya untuk Dia. Dia yang Maha Esa. Namun aku kesal, bilangan mereka terlalu sedikit untuk menghadapi bilangan manusiawi yang sudah tenggelam di bawah jajahan syaitan.

Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi

Namun mereka utuh dalam perjuangan. Aku terharu kerana sudah bertahun lama mereka dibelasah oleh boneka-boneka iblis yang menganggap dunia raja dihati. Mereka merintih kepada ilahi. Iman dihati menjadi bekalan di hari muka. Tidak pernah sekali kesal akan jalan yang dipilih. Kerana tahu, bahawa kesengsaraan pada hari ini adalah kebahagiaan di masa hadapan. Lalu aku menangis, kerana aku tidak sehebat mereka. Aku telah menghabiskan separuh dari hidupku dengan sia-sia. Hampir hari-hariku dibuai dengan hiburan yang melalaikan. Tidak kurang pula dengan saat-saat dimana aku lupa aku punya Allah S.W.T.

Oo Allah, please guide me to the right path,

Tiba-tiba datang seorang abang kepadaku..

Katanya,

Tidak engkau seorang

Juang hingga titisan

Rempuh tak berharapan

Nanti aku disana

Diufuk pemikiran

Lalu menghayatinya

Jazakallahu khairon katheeran ya akhie~