Monday, 22 March 2010

Manusia

Manusia, boleh jadi sangat hebat, lagi hebat dari malaikat, tapi boleh jadi lagi hina dari binatang. Itulah manusia, sungguh rumit. Tapi indah... Indahnya kerana kadang ketawa dan kadang menangis. Kadang ia bangun kadang ia duduk. Kadang bersemangat sampai mau angkat gunung, kadang lemah semangat sampai rasa kena hempap gunung.


Namun bezanya manusia dengan binatang bukanlah atas sifat-sifat itu semata-mata. Dibandingkan dengan binatang, manusia diberi oleh Allah kemampuan untuk membuat pilihan. Pilihlah, mau jadi baik atau jahat. Namun, kesudahan kepada pilihan kamu tidak boleh diubah. Sudah pilih jadi baik, maka kamu selayaknya ke syurga, sudah pilih jadi jahat silalah ke neraka. Surah As-Syams 7-10:


“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya (7)”

“Maka Dia mengilhamkan kepadanya(jalan) kejahatan dan ketakwaan (8)”

“Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu) (9)”

“dan sungguh rugi orang yang mengotorinya (10)”


Manusia terdiri dari tiga komponen utama iaitu akal, jasmani dan Hati. Maka agak perlu ketiga-tiga komponen ini dijaga agar tidak berlaku sebarang kecacatan pada jiwa manusia.


Akal adalah pusat pengumpulan ilmu bagi manusia. Akal adalah dimana fizik berfungsi. Setiap yang berlaku maka akal akan berputar-putar untuk mencari sebab. Maka, boleh dilihat bagaimana akal perlu diisi dengan ilmu. Supaya tidak berkarat dan sentiasa berfungsi Bagi memastikan ilmu berfungsi dan sentiasa mengalir, maka perlulah sang manusia mengaplikasikan ilmu yang dimiliki dan diturunkan kepada jiwa-jiwa lain. Jika tidak samalah seperti menakung minyak wangi di dalam botol, wanginya tidak tersebar. Salah-salah lama-lama akan jadi busuk.


Jasmani pula adalah badan fizikal manusia. Untuk menjadi manusia yang berkualiti, jasmani juga perlu dijaga. Perlunya bagi seorang manusia memiliki tubuh badan yang “fit” agar terpelihara dari sebarang penyakit. Selain itu, dengan adanya tubuh badan yang sihat dan stamina yang kuat, manusia boleh melakukan lebih banyak kerja di siang hari. Pada masa yang sama, boleh meningkatkan lagi status dan kehidupan semasa.


Hati adalah aspek yang paling penting dalam menentukan pilihan manusia. Ya, segalanya berpunca dari hati. Baik tak baik. Hati yang baik akan membawa manusia kepada jalan yang baik. Seterusnya mengerjakan amal dan perbuatan yang baik, dan begitulah sebaliknya.


Untuk menjadi insan yang berkualiti ketiga-tiga aspek ini perlulah dijaga dengan seimbang. Lihat gambar rajah ini.


Ini adalah manusia:



Ini adalah manusia yang sihat:


Kalau hanya akal yang sihat, inilah akibatnya:

Kalau hanya jasmani saja yang sihat, inilah jadinya:


Kalau hanya hati yang sihat, inilah jadinya:


Maka, agak perlu untuk manusia menjaga ketiga-tiga komponen ini, agar pembesaran ketiga-tiganya terjaga rapi. Lihatlah, ini dia manusia yang sihat:



Sebenarnya, penjagaan ketiga-tiga elemen ini berkait rapat antara satu sama lain. Contohnya, memiliki hati yang sihat akan memberi emosi yang stabil kepada manusia. Dengan adanya emosi yang stabil, maka manusia akan dapat menimba ilmu dengan tenang, tenteram dan ceria. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat jua manusia dapat meningkatkan keupayaan otak. Minda yang cergas datang dari badan yang sihat.


Sebagai konklusinya, jagalah ketiga-tiga elemen ini agar setiap saat dapat digunakan untuk berjuang di jalan Allah.


p/s Kalau nak kahwin pun, kahwinlah ketiga-tiga elemen ini yang ada pada pasangan anda, jangan hanya memilih satu sahaja (-_-)V