Tuesday, 16 February 2010

Baitul Muslim dikalangan daie (persediaan sebelum berumahtangga)

Assalamualaikum w.b.t. wahai pembaca yang saya kasihi...


Mesti korang ingat idea guadah habis nak tulis pasal topic ni kan??? Ahah!!! Sangkaan anda ternyata serong dan meleset. Sebab idea guax habis lagi dan sentiasa mencurah-curah. Cumanya dua tiga hari ni agak busy dengan all sort of things so takda masa nak menunaikan janjiku. Ditambah lagi jiwaku yang agak kacau dan otakku yang terasa “berat” sangat2 dengan masalah2 yang tak sepatutnya berlaku. So jom kita continue our topic that day which is about baitul muslim dikalangan daie. Kali ini, lebih kepada persediaan untuk berumah tangga.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tumbuhnya buluh yang tinggi melampai adalah dari rebung yang kecil molek. Indahnya bunga matahari adalah dari biji kuaci yang kerdil. Biji kuaci ini mengalami beberapa fasa pembesaran yang mana terhasillah bunga gergasi matahari. Namun, apa yang perlu kita lihat disini adalah bertapa pentingnya biji kuaci ini mengalami beberapa fasa untuk menjadi mentari yang mekar. Contohnya, biji kuaci akan mengalami satu proses pertumbuhan akar supaya ianya mempunyai akar untuk menyedut air. Ia juga perlulah mempunyai batang yang teguh dan kuat untuk menyokong bunga matahari yang berat. Dalam erti kata yang lain, Setelah lengkap berbatang, akar dan daun yang agak lawa, baharulah ada bibit-bibit bunga matahari keluar dari celah pucuk bunga matahari.


Begitu juga para daie. Dalam meniti fasa-fasa kehidupan, para daie perlulah benar-benar bersedia sebelum melangkah dari satu maratib amal kepada satu maratib amal yang lain. Ini adalah bagi memastikan yang kehidupan bagi seorang daie sentiasa licin, lancar dan juga terpelihara dari sebarang fitnah. Namun, untuk kali ini cukuplah konteks perbincangan kita pada hari ini tentang persediaan yang perlu ada pada daie untuk melangkah dari maratib amal pertama kepada maratib amal kedua. Secara peribadinya bagi diri saya adalah perlu untuk para daie bersedia atau sekurang-kurangnya berusaha untuk melakukan persediaan ini agar dakwah akan terus berlangsung selepas berkahwin.


Persediaan yang pertama perlu difikirkan oleh para daie adalah menyelaraskan kehidupan dengan dakwah. Ini bagi memastikan yang dakwah yang dilakukan bukanlah sekadar melepaskan batuk di tangga, mahupun sekadar sekerat jalan sahaja. Ramai yang menyangka bahawa “menyelaraskan kehidupan dengan dakwah” adalah apabila seseorang daie berjaya mempunyai anak-anak usrah dan berjaya membina “rumah islam” daripada dakwah yang dijalankan. Dalam erti kata yang lain, hasil lebih dilihat daripada process dan usaha yang dijalankan. Bagi saya, pendapat ini adalah kurang tepat sama sekali. Saya lebih senang mengukur “penyelarasan kehidupan dengan dakwah” apabila seseorang merasakan bahawa dakwah adalah kehidupannya. Pada peringkat ini, beliau sudah selesa dengan kehidupan sebagai daie dan tidak mahu melepaskan kehidupan tersebut. Dakwah sudahpun menjadi priority utama dalam kehidupannya. Maka apabila kalian sudah punya jiwa ini, silalah masuk meminang kerana mereka sedang menunggu anda.


“Don’t worry, everything is going to be alright”

Kehidupan selepas berkahwin memerlukan seseorang bersedia untuk member komitmen dan tanggungjawab yang besar. Untuk menghadapi fasa tersebut, para daie perlu bersedia untuk memberi komitmen dan tanggung jawab kepada dakwah, keluarga dan kerjaya atau setidak-tidaknya bersedia untuk belajar memberi komitment kepada tiga perkara tersebut. Ini adalah bagi memastikan ketiga-tiga perkara tersebut terjaga dan terjamin tanpa sebarang cacat-cela. Jadual hidup yang tersusun serta seimbang perlu diwujudkan supaya daie dapat menjalani satu kehidupan yang teratur dan terjamin dari segi semua aspek.


Duit...duit...duit... mana nak cari!!!

Selain itu, para daie juga perlulah sudah mempunya perancangan yang teliti tentang masa depan yang bakal ditempuhi. Tidak dinafikan bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Namun, perlu jua bagi manusia untuk merancang dan berusaha membina masa depan yang indah dan terjamin kerana sunnatullahnya orang yang berusaha adalah kejayaan baginya, sepertimana sunnatullah api adalah panas dan air adalah sejuk. Perancangan sebaik-baiknya merangkupi kewangan, pelajaran, kerjaya, pendapatan dan hala tuju seterusnya selepas berkahwin agar kehidupan para daie akan lebih teratur dan tidak huru hara. Dengan mempunyai satu kehidupan yang sempurna, teratur dan terjamin, maka akan dapat mengelakkan fitnah daripada masyarakat yang tidak faham dakwah terhadap kehidupan para daie. Bahkan ia akan membuka mata masyarakat bahawa bertapa indahnya dan hebatnya kehidupan kita sebagai daie.


Nak menikah, dah ade orang ke belom jang!!!

Antara persediaan penting bagi para daie untuk berbaitul muslim adalah sudah mempunyai calon isteri dan sudah jelas dengan calon isteri yang sesuai dengan kehidupan sebagai daie. Tidak perlulah dihuraikan tentang ciri-ciri asas yang biasa menjadi idaman para daie. Cukuplah saya simpulkan sebagai muslimah dan akhawat sejati. Tetapi, perlu diambil kira dari segi kerjaya, peribadi, dan latar belakang keluarga samada sesuai atau tidak. Hal ini sangat penting kerana bagi menimbulkan keserasian antara kedua belah pihak juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari. Calon juga perlulah jelas akan tugas dan beban dakwah yang dipikul oleh bakal suami supaya tidak timbul istilah ,”tak reti nak duduk rumah jaga bini”. Kita tidak mahu kes-kes cerai datangnya daripada para daie itu sendiri kerana mereka adalah imej dan figura penting kepada masyarakat untuk dicontohi. Adalah lebih elok sekiranya pemilihan bakal zaujah ini dirujuk kepada naqib ataupun orang yang sudah berkahwin.


Hati-hati minta izin orang tua,
Hati mereka mudah terguris!

Sedang enak merancang masa depan, keizinan daripada orang tua perlulah jua diutamakan. Ini bermakna para daie perlulah menerangkan dengan jelas terhadap orang tua tentang bakal isteri, perkahwinan yang dirancang dan masa depan yang diimpikan. Bukan mudah untuk meyakinkan orang tua. Apatah lagi untuk meyakinkan mereka untuk melepaskan anak yang ditatang dan ditimang sejak kecil. Maka disini perlulah para daie bertindak bijak dan jangan sampai terguris hati mereka. InsyaAllah, yakinlah bahawa mereka juga memahami. InsyaAllah akan saya sediakan satu “post” khas tentang cara-cara memberitahu orang tua. He he he...


Mungkin ini sahaja yang mampu saya fikirkan kerana saya sendiri belom lagi berumah tangga. Kepada para pembaca, diharap dapat menambah isi-isi bagi tajuk ini untuk kita kongsikan bersama. Cumanya, nasihat saya adalah ada baiknya persediaan-persediaan ini diambil kira bagi memastikan keberlangsungan dakwah selepas berkahwin.

p/s saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... =)